Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut media tempatan yang menukilkan daripada Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan di Karlsruhe, tiga warga Jerman telah ditahan oleh pihak polis tempatan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Ahrar al-Sham, sebuah kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria.
Menurut majalah Spiegel, tiga orang warga Jerman yang berketurunan Syria itu datang dari Bavaria, Berlin dan Lower Saxony. Mereka disyaki membiayai para militan dan membekalkan mereka dengan peralatan berkaitan.
Para tahanan dijangka akan menghadapi perbicaraan pada hari Selasa dan Rabu.
Ahrar al-Sham adalah sebuah kumpulan pengganas yang diharamkan di beberapa negara tertentu. Menurut perangkaan berbeza, hampir 20000 militan turut serta di dalam operasi ketenteraan kumpulan itu di Syria.
22 November 2016 - 15:13
News ID: 793545
Menurut media tempatan yang menukilkan daripada Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan di Karlsruhe, tiga warga Jerman telah ditahan oleh pihak polis tempatan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Ahrar al-Sham, sebuah kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria.